Social Icons





Tuesday, 26 February 2013

Garis Panduan : Tatacara Penggunaan Internet di Institut Pendidikan Guru Malaysia


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah

membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas.
Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan
Internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat
ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan
maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa.
Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu
saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian
maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses
penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan
dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan
Internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan
keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang
bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan,
keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.
Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk
menerangkan tatacara penggunaan Internet dan e-mel,
meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi
dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko
gangguan operasi Internet dan e-mel.


Gambar 1 : Etika dan garis panduan penggunaan Internet untuk pelajar IPG seluruh negara


Gambar 2 : Prinsip-prinsip etika dan tatacara penggunaan Internet

Monday, 25 February 2013

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) - Tahun 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN           : Bahasa Melayu

KELAS                                  : 2 Mawar

TARIKH                                 : 1 April 2013

MASA                                    : 10.50 pagi-11.50 pagi

TEMA                                     : Kebudayaan

TAJUK                                   : Kuih tradisional

 BILANGAN MURID            : 25 Orang


FOKUS UTAMA


Standard kandungan
2.3
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard pembelajaran

2.3.1

Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.
FAKTOR SAMPINGAN
Standard Kandungan
3.2
Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan    kemas
Standard Pembelajaran
3.2.6 
Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid dapat :
      I.        Membaca kuat  lapan daripada dua belas ayat penyata dengan lancar dengan menggunakan sebutan yang  jelas dan intonasi yang betul.
    II.        Menulis sekurang-kurangnya lima ayat majmuk yang lengkap dengan betul dan kemas.

KEMAHIRAN BERBAHASA
-        Kemahiran membaca
-       Kemahiran menulis
-       Kemahiran mendengar dan bertutur

PENGISIAN KURIKULUM
Pengisian Kurikulum :
-       KB : Menghubung kait, menjana idea, menganalisis.
-       KP :  Verbal linguistik, visual ruang, intrapersonal.
-       BCB : Mencatat maklumat, kemahiran membaca

PENGETAHUAN SEDIA ADA
-       Murid mengetahui jenis-jenis kuih tradisional dan telah mempelajari ayat tunggal.

PENERAPAN NILAI
-       Bekerjasama, keyakinan diri, keberanian

PENEKANANAN KONSEP
      i.        Penggabungjalinan    : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penggabungjalinan topik.
    ii.        Penyerapan                  : Kajian tempatan
   iii.        Penilaian                    : Menerangkan maksud ayat penyata dan ayat majmuk Pemulihan                 : Menulis  dan membaca ayat penyata dengan bimbingan guru.
   iv.           Pengayaan                 : Menghasilkan buku skrap.

SISTEM BAHASA
-       Tatabahasa : Ayat penyata, ayat majmuk

MEDIA
-       Tayangan slaid“ Microsoft power point”, lembaran kerja, LCD, pembesar suara, komputer riba




LANGKAH
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI
CATATAN


SET INDUKSI
( 5 minit )

·          Video kuih tradisional
ü  Apakah yang kamu lihat ?
ü  Pernahkah kamu makan kuih ini?
ü  Di manakah biasanya kamu boleh mendapatkan kuih ini?

·         Guru menayangkan video kuih tradisional.
·         Guru meminta murid agar memberi perhatian dan meneliti kuih yang terdapat dalam video ditunjukkan oleh guru.
·         Guru bersoal jawab berdasarkan kuih-muih yang telah ditunjukkan.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan  tajuk pelajaran hari ini iaitu “ kuih Tradisional”.

BBM :
-       Video kuih tradisional.
KP :
-       Visual-ruang
-       Interpersonal
KB :
-       Menghubung kait
Nilai :
-       Kerjasama
Ilmu :
-       Kajian Tempatan
LANGKAH 1
( 5 minit )
Power Point: Kuih-muih tradisional

-       Apakah yang kamu faham tentang gambar ini ?
-       Pernah kah kamu melihat kuih ini?
-       Baca nama-nama kuih yang ditunjukkan.

·         Guru menayangkan gambar-gambar kuih-muih tradisional.
·         Murid diminta menamakan gambar kuih yang ditunjukkan oleh guru.
·         Murid diminta membaca nama-nama kuih yang ditunjukkan.
·         Guru membetulkan sebutan murid.

BBM :
-       Gambar
( Power Point )
-       LCD
-       Skrin
KB :
-       Menganalisis
KP :
-       Verbal-linguistik
BCB :
-       Melaporkan maklumat

LANGKAH 2
( 10 minit  )
Ayat penyata.

·         Kuih baulu enak rasanya.
·         Kuih baulu berwarna keperang-perangan apabila telah masak.
·         Kuih lapis  lembut dimakan.
·         Kuih lapis manis rasanya.
·         Kuih keria berbentuk bulat.
·         Kuih keria  berwarna keperang-perangan.
·         Kuih apam sangat lembut.
·         Kuih apam harum baunya.
·         Kuih koci selalunya berintikan kelapa.
·         Kuih koci enak rasanya.
·         Kuih lempeng harum baunya.
·         Kuih lempeng enak dimakan bersama kuah kari.

·         Guru  menerangkan maksud ayat penyata.
·         Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan.
·         Guru meminta murid memilih nombor yang tertera dalam slaid  power point.
·         Murid diminta membaca kuat ayat yang ditunjukkan dalam persembahan power point. tersebut secara kelas.
·         Kemudian, guru meminta murid membaca secara kumpulan.
·         Guru memperbetulkan sebutan dan intonasi murid yang salah.
BBM :
-       Gambar
( Power Point )
-       LCD
-       Skrin

KB :
-       Menganalisis
BCB :
-       Kemahiran membaca
KP :
-       Verbal-linguistik
-       Intrapersonal
Nilai Murni :
-       Keberanian
LANGKAH 3
(5 minit)
Ayat majmuk
·         Bapa mengajar adik berenang sementara emak sibuk menghidangkan makanan di pantai.
·         Guru menayangkan contoh ayat majmuk melalui slaid power point.
·         Guru menerangkan maksud ayat majmuk kepada murid-murid.
·         Guru meminta murid membaca contoh ayat majmuk yang dinyatakan dalam  slaid power point secara kelas.
Pendekatan pengajaran : Pendekatan deduktif

BBM :
-       Gambar ( Power Point )
-       LCD
-       Skrin

KB :
-       Menganalisis
-       Menyelesaikan masalah.
BCB :
-       Kemahiran membaca
KP :
-       Verbal-linguistik
-       Intrapersonal
Nilai Murni :
Kerjasama
LANGKAH 4
(15 minit)
Power point : Latihan ayat majmuk

-Pilih ayat majmuk yang betul.
-Baca jawapan anda dengan kuat.
-Tuliskan ayat majmuk yang anda bina dalam lembaran kerja yang telah diedarkan.
·         Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan.
·         Guru mengedarkan lembaran kerja.
·         Guru menayangkan slide power point.
·         Setiap kumpulan  diminta untuk memilih padanan ayat majmuk yang betul berpandukan tayangan slide power point yang disediakan.
·         Murid diminta membaca jawapan yang betul secara kelas.
·         Murid diminta menulis ayat majmuk  dalam lembaran kerja berdasarkan ayat penyata yang ditunjukkan oleh guru dalam slaid power point.
BBM :
-       Gambar ( Power Point )
-       LCD
-       Skrin
KB :
-       Menganalisis
-       Menyelesaikan masalah
KP :
-       Visual-ruang
-       Verbal-linguistik
BCB :
-       Mencatat maklumat
-       Kemahiran membaca
Nilai murni
-       Keberanian
-       Kerjasama
PANTAKSIRAN
(15 minit)

·         Murid diminta membina ayat penyata menggunakan perkataan yang diberikan oleh guru.
·         Murid diminta membaca ayat penyata yang dibina dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul. 
·         Murid diminta membina ayat majmuk  berdasar ayat penyata yang telah dibina.

PENGAYAAN
(15 minit)

·         Murid diminta menghasilkan buku skrap mengenai kuih tradisional yang terdapat di Malaysia dengan menggunakan ayat penyata yang sesuai.

PEMULIHAN
(15 minit)

·         Murid diminta  mengisi tempat kosong untuk melengkapkan ayat penyata.












5.1       APLIKASI MODEL ASSURE DALAM RPH
Analyse Learners
( Analisis Pelajar)
Mata pelajaran         :        Bahasa Melayu
Kelas                          :          2 Mawar
Tarikh                        :          1 April 2013
Masa                       :          10.50 pagi-11.50 pagi
Tema                       :         Kebudayaan
Tajuk                       :          Kuih tradisional
Bilangan Murid       :         25 Orang

State Objective
( Nyatakan objektif /
 hasil pembelajaran) 
Pada akhir pembelajaran murid dapat :
      I.        Membaca kuat  lapan daripada dua belas ayat penyata dengan lancar dengan menggunakan sebutan yang  jelas dan intonasi yang betul.
    II.        Menulis sekurang-kurangnya lima ayat majmuk yang lengkap dengan betul dan kemas.

Select methods, media and materials
( Pilih kaedah, media
   dan bahan sumber)

i.              Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan
-     Kaedah aural oral (dengar- tutur)

-       ii.              Tayangan slaid“ Microsoft power point”, lembaran kerja, LCD, pembesar suara, komputer riba

Utilize media and materials
(Gunakan media dan
 bahan sumber)

i.      Tayangan video semasa di set induksi membantu murid memahami gambaran kuih tradisional.
     Aplikasikan kaedah dan media pengajaran semasa di set induksi, langkah 1 dan langkah 2 dalam rancangan pengajaran harian sepenuhnya.

Require learner participation
(Libatkan pelajar
  dalam
  pembelajaran)

i.      Murid terlibat secara aktif sejak dari awal penglibatan. Semasa di set induksi, murid perlu membuat aktiviti soal jawab berdasarkan video yang ditayangkan. Di langkah 2, murid perlu berbincang untuk aktviti membaca berkumpulan.
ii.     Komunikasi 2 hala dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing.
iii.           Langkah 1 : Pemusatan guru
iv.           Langkah 2 : Pemusatan bahan

Evaluate and Revise
( Nilai dan semak
  semula)

i.      Membuat kesimpulan dan rumusan daripada keseluruhan pembelajaran pada hari ini. Murid diminta menghasilkan buku skrap mengenai kuih tradisional yang terdapat di Malaysia dengan menggunakan ayat penyata yang sesuai.
ii. 




 

Peribahasa

1. Sehari Selembar Benang, Esok Lusa Jadi Kain
Usaha yang dilaksanakan walaupun sedikit tetapi berterusan pasti akan membuahkan hasil

2. Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah di Tepi Pantai
Kalau takut menerima sesuatu cabaran, jangan cuba untuk menceburi bidang tersebut

3. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh
Kalau bersatu akan menampakkan kekuatan dan andai berpisah akan mencerminkan kelemahan

4. Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Abu
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah bersungguh-sungguh serta sabar sehinggalah berjaya melaksanakan

5. Dayung Sudah di Tangan, Perahu Sudah di Air
Segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi

6. Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang lain, tetap negeri sendiri lebih baik

7. Indah Khabar Dari Rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan

8. Di Mana Bumi Dipijak, di Situ Langit Dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal

9. Bagai Kacang Lupakan Kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan

10. Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Kerbau Menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat,keadaan dan suasana

Kosa Kata

1. Dasawarsa
dalam jangka masa sepuluh tahun

2. Intelek
kemampuan

3. Ikhtiar
daya, upaya, usaha

Simpulan Bahasa

1. Hidung Tinggi
Orang yang bersikap sombong

2. Cakap Besar
Orang yang sentiasa berkata lebih dari kemampuan diri

3. Murah Hati
Orang yang sentiasa menderma dan tidak kedekut

4. Puteri Lilin
Perempuan yang tidak tahan dengan cahaya matahari yang panas

5. Buruk Siku
Mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

6. Kera Sumbang
Orang yang tidak bersuka bergaul dengan orang lain

7. Mengadu Domba
Memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya

8. Lidah Bercabang
Kata-kata yang tidak boleh dipercayai

9. Muka Tembok
Tidak berasa malu

10. Durian Runtuh
Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka