Social Icons





Tuesday, 26 February 2013

Garis Panduan : Tatacara Penggunaan Internet di Institut Pendidikan Guru Malaysia


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah

membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas.
Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan
Internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat
ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan
maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa.
Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu
saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian
maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses
penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan
dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan
Internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan
keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang
bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan,
keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.
Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk
menerangkan tatacara penggunaan Internet dan e-mel,
meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi
dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko
gangguan operasi Internet dan e-mel.


Gambar 1 : Etika dan garis panduan penggunaan Internet untuk pelajar IPG seluruh negara


Gambar 2 : Prinsip-prinsip etika dan tatacara penggunaan Internet

No comments:

Post a Comment

 

Peribahasa

1. Sehari Selembar Benang, Esok Lusa Jadi Kain
Usaha yang dilaksanakan walaupun sedikit tetapi berterusan pasti akan membuahkan hasil

2. Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah di Tepi Pantai
Kalau takut menerima sesuatu cabaran, jangan cuba untuk menceburi bidang tersebut

3. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh
Kalau bersatu akan menampakkan kekuatan dan andai berpisah akan mencerminkan kelemahan

4. Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Abu
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah bersungguh-sungguh serta sabar sehinggalah berjaya melaksanakan

5. Dayung Sudah di Tangan, Perahu Sudah di Air
Segala-gala yang dikehendaki sudah diperolehi

6. Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang lain, tetap negeri sendiri lebih baik

7. Indah Khabar Dari Rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan

8. Di Mana Bumi Dipijak, di Situ Langit Dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal

9. Bagai Kacang Lupakan Kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan

10. Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Kerbau Menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat,keadaan dan suasana

Kosa Kata

1. Dasawarsa
dalam jangka masa sepuluh tahun

2. Intelek
kemampuan

3. Ikhtiar
daya, upaya, usaha

Simpulan Bahasa

1. Hidung Tinggi
Orang yang bersikap sombong

2. Cakap Besar
Orang yang sentiasa berkata lebih dari kemampuan diri

3. Murah Hati
Orang yang sentiasa menderma dan tidak kedekut

4. Puteri Lilin
Perempuan yang tidak tahan dengan cahaya matahari yang panas

5. Buruk Siku
Mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain

6. Kera Sumbang
Orang yang tidak bersuka bergaul dengan orang lain

7. Mengadu Domba
Memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya

8. Lidah Bercabang
Kata-kata yang tidak boleh dipercayai

9. Muka Tembok
Tidak berasa malu

10. Durian Runtuh
Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka