Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelas utama iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.[1]
Ini berdasarkan huraian bahawa kata nama, kata adjektif, dan kata kerja
dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Manakala kelas kata yang
lain (kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru dan kata
sandang) pula tidak dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya,
tetapi dapat bertugas untuk menentukan makna sesuatu ayat. Oleh kerana
itu ia boleh dimasukkan dalam kelas kata tugas.[2]
Lalu, kata-kata dalam bahasa Melayu dapat digolongkan kepada
kelas-kelas berlainan iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata
sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru dan kata sandang. Seterusnya, empat kelas utama itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.
KATA NAMA
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.

No comments:
Post a Comment